ALOR SETAR: UMNO Kedah menegaskan bahawa tidak menerima sebarang undangan atau jemputan untuk menghadiri Majlis Muktamar Tahunan Pas ke-68 seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO.
"Seperti yang dilaporkan oleh media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa kononnya pihak Pas telah menjemput kepimpinan UMNO, termasuk UMNO Kedah, untuk hadir ke Majlis Muktamar Tahunan Pas 2022 yang ke-68, namun menurutnya tiada respon.
"Kenyataan ini sebenarnya adalah tidak benar dan dikhuatiri akan mengelirukan pembaca di luar sana," jelasnya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya petang tadi.
Beliau turut berharap penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan pembaca.
BACA: Muktamar Pas: Sudah dijemput, tetapi tiada seorang pun wakil UMNO hadir - Takiyuddin
Terdahulu, Takiyuddin mengesahkan ada seorang wakil daripada parti UMNO sama ada di peringkat negeri ataupun pusat, hadir dalam Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini hari ini.
Beliau turut menyatakan bahawa jemputan yang dihantar kepada wakil parti berkenaan turut tidak mendapat sebarang maklum balas serta jawapan.
Tambahnya, Pas juga telah menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mewakili gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan namun pemimpin itu juga tidak hadir pada Muktamar kali ini.
Abd Hadi Che Awang
Sat Sep 03 2022
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa isu ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk wujud terhadap UMNO. - Foto Facebook/Jamil Khir Baharom
Cuepacs yakin semua negeri sedia selaras kenaikan gaji penjawat awam ikut Persekutuan
Cuepacs yakin semua kerajaan negeri bersedia melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mereka, selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Fokus Minggu Depan: Era baharu kepimpinan Singapura
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.